BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 20, 2009

Pintu...


Aku tidak sedar sudah berapa lama aku duduk terpaku di hadapan pintu itu. Menanti untuk dibuka memang sesuatu yang memenatkan. Ditambah lagi dengan pelbagai karenah pemiliknya yang kadangkala sukar untuk aku fahami.

Sudah beberapa kali aku cuba untuk mengetuknya. Merayu dan terus merayu. Malang bagiku pemilik pintu itu masih lagi tidak mahu menerima kehadiranku.

Pernah suatu ketika dulu aku cuba untuk memberinya untaian kata-kata indah dan manis. Tetapi dengan tiba-tiba dia menutup pintu serapatnya. Masih aku bingung memikirkannya.

Kini aku masih terus menunggu di hadapan pintu itu. Entah bila akan terbuka kembali.

Dalam masa yang sama, insan-insan lain pula yang cuba untuk mengetuk pintuku. Mereka tidak meminta dan merayu. Aku faham itu.

Tetapi kejahilanku membuat aku terus menunggu akan pemilik pintu itu untuk memberiku masuk. Rindu masih di jiwa.

0 comments: