BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 29, 2009

Rupanya... Buruk Dalaman?

Manusia... bila berbicara tentang manusia maka banyaklah perkara-perkara negatif yang akan terkeluar samada dari mulut yang lancang, atau dari kata hati yang halus.

Antaranya:
[Hipokrit]

Mungkin ramai orang memahami maksud Hipokrit itu sendiri, tetapi bukan ramai orang mengetahui makna disebalik kata tersebut (maaf bahasanya mungkin berbelit). Bagi sesetengah orang yang cerdik mereka punya maksud tersendiri akan kata itu. Tetapi biarlah hamba berbicara sendiri tentang kata ini.

Secara halusnya HIPOKRIT itu bermaksud; sesuatu perkataan atau perbuatan yang dilakukan atau diaksikan oleh seseorang individu tetapi apa yang dikatakan atau diaksikan itu bertentangan dengan apa yang dimahukan atau diinginkannya.

Atau;

Dalam bahasa kasarnya munafik atau orang munafik.

Maaf wahai pembaca budiman sekalian sekiranya ayat itu terlalu kasar untuk dicernakan oleh minda maafkan hamba yang hina ini.

Maka, cuba teliti manusia yang berlegar di sekitar anda, mungkin ianya terlalu hampir dengan anda.

Bicara hatiku mengatakan "ya, aku pernah bertemu dengan insan sebegitu". Suatu waktu dulu, malah mungkin sekarang ini aku masih cuba untuk menyelami akal benakknya. Sepertinya apa yang dimaksudkan. Maaf ya wahai teman.

Maka aku menyambung bicara maya lagi.

Terlalu susah untuk aku menerangkan apa yang tersirat dalam kalbunya. Mungkin peristiwa bertahun lalu membuat dendam jiwa ini membuak-buak untuk dilepaskan kepada insan yang sepatutnya!

Sepatu!!!

0 comments: